PUTRAJAYA: Pusat Penempatan Pekerjaan (NPC) di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan ditubuhkan di setiap negeri secara berperingkat, kata Menterinya Datuk Seri M. Saravanan.
Menurutnya, penubuhan NPC itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara Bil. 1 2022 semalam bagi menyokong usaha kerajaan mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Saravanan berkata syarikat yang ingin menawarkan peluang pekerjaan boleh menggunakan pusat sehenti NPC itu untuk bertemu dengan pencari kerja, menyediakan program latihan kemahiran dan pembangunan kemahiran serta menawarkan penempatan pelatih atau latihan praktikal.
NPC juga menyediakan kemudahan berkaitan proses pengambilan pekerja untuk memudahkan majikan serta rakyat Malaysia, antaranya bertemu kaunselor kerjaya bagi mendapatkan penilaian kerjaya, maklumat lanjut untuk mencorak laluan kerjaya serta kursus pembangunan kemahiran yang boleh disertai.
Saravanan berkata individu yang melawat pusat itu juga boleh membuat pendaftaran di portal MYFutureJobs untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan di seluruh negara.
"Menerusi portal ini, individu boleh mencari dan memohon pekerjaan yang sesuai dengan pengalaman, minat dan kelayakan mereka menerusi bimbingan wakil sokongan di pusat tersebut," katanya.
Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata kerajaan menambah baik dan memperkasa ekosistem pekerjaan melalui pewujudan NPC yang akan memantau kejayaan setiap permohonan pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Saravanan berkata individu yang melawat pusat itu juga boleh membuat pendaftaran di portal MYFutureJobs untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan di seluruh negara. - Gambar fail
Ahli Parlimen kepung podium, bantah keputusan pecat Han Duck Soo
Usul yang diketuai oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) diluluskan dengan 192 daripada 300 undi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.
Kerajaan Belgium haramkan penjualan vape bermula Januari
Belgium muncul sebagai negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang mengumumkan akan mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) pakai buang berkuatkuasa Januari depan.
6,611 projek pembangunan hampir RM1 bilion dilaksana tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 6,611 projek bernilai hampir RM1 bilion sepanjang 2024.
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Aktivis yakin kejadian di UM dilakukan psikopat
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemuakan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di Universiti Malaya baru-baru ini mungkin dilakukan psikopat.
Sebatan di khalayak: Perlu harmoni antara perundangan sivil dan syarak - KP IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk kes sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Wanita diperdaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta - MDT
Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya.
AWANI Ringkas: Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.