Pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Sarawak
Bernama
Februari 12, 2019 09:46 MYT
Februari 12, 2019 09:46 MYT
Seramai 21 orang daripada empat keluarga di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Suarah Bintulu pada pukul 2.43 pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa banjir itu dari kawasan setinggan Batu 5 dan Jalan Tun Hussein Onn.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohammad Meramit berkata, hujan lebat yang berlarutan hingga awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di Jalan Time Square Batu 5 sehingga menjejaskan empat keluarga terbabit.
-- BERNAMA