Pusat pangkalan data sumber manusia industri kreatif dilancarkan

Astro Awani
Mac 3, 2013 08:29 MYT
Pusat pangkalan data sumber manusia khusus untuk pengamal industri kreatif telah dilancarkan.
Presiden gabungan industri kandungan kreatif Malaysia (CCIG) Jurey Latiff Rosli berkata ia diwujud bagi meningkatkan tahap profesionalisme penggiat seni di negara ini.
Ujarnya, pusat itu bakal mengawal maklumat penggiat seni kreatif dari segi latar belakang, pengalaman, pendidikan mahupun data peribadi.
Kata Jurey, ia disahkan kerajaan selain diperakui oleh kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan serta perbadanan kemajuan filem nasional malaysia...finas.
Dalam pada itu jelasnya semua penggiat seni kreatif tidak perlu bimbang dengan CCIG dan pusat yang dilancar.
Ini kerana hubungan erat CCIG dengan pengamal industri dari negara luar serta empat buah institusi pengajian tinggi awam dalam perjanjian persefahaman (MOU),
Justeru, CCIG akan memastikan semua kebajikan penggiat seni kreatif terpelihara dari segi kadar bayaran yang munasabah.
Selain itu hak pekerja dan perundangan, perlindungan harta intelek, pencen serta insurans akan turut dibela.
#Jurey Latiff Rosli #pusat pangkalan data sumber manusia
;