SHAH ALAM: Pusat pakaian sekitar bandar raya ini kembali sesak dengan kehadiran orang ramai yang seperti mahu 'membalas dendam' dalam melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri, selepas dua tahun menyambut perayaan tersebut secara sederhana.
Tinjauan Bernama di pusat pakaian terkemuka di Pusat Komersial, Seksyen 7 di sini mendapati berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira 10 pagi tadi, apabila orang ramai mengambil peluang cuti sempena Nuzul Al-Quran hari ini untuk membeli belah.
Penjawat awam Raja Amiruddin Raja Mamat, 40, berkata dia teruja berbelanja bagi persiapan menyambut Aidilfitri kali ini kerana akan pulang beraya di kampung halamannya di Kelantan.
"Persiapan tahun ini berbeza berbanding dua tahun sebelum yang hanya ala kadar. Jadi, tahun ini kita berbelanja lebih sedikit," katanya yang akan bercuti raya selama 10 hari.
Seorang lagi pembeli Siti Khadijah Awang, 34, berkata dia mengambil kesempatan cuti umum untuk membeli baju raya buat anak saudaranya.
"Memandangkan tahun ini, negara sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik, suasana Hari Raya akan lebih meriah, saya dan adik-beradik akan berkumpul di rumah emak di Sekinchan Syawal nanti," katanya.
Negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing, dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain.
Dalam pada itu, Pengarah Jakel Shah Alam Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata premisnya mendapat sambutan amat menggalakkan ,dengan orang ramai mula berpusu-pusu pada 10.15 pagi untuk membeli pakaian yang ditawarkan dengan pelbagai promosi.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan jumlah pelanggan akan terus meningkat pada akhir minggu ketiga dan keempat Ramadan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion Sdn Bhd Ajwad Khan Nasir Khan pula berkata pusat pakaian itu menerima jumlah pengunjung yang di luar jangkaan.
"Pengunjung betul-betul meningkat, sangat berbeza daripada tiga tahun lepas. Kedai kami yang sepatutnya ditutup pada 10 malam, terpaksa dianjak ke pukul 1 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Orang ramai mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan di Kompleks PKNS Shah Alam. - Gambar/ Bernama
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
'Semua persiapan Raya kami hangus terbakar'
Menurut Samsudin, ketika pada jam 5.15 petang tadi, dia berada di halaman rumah dan melihat api yang marak bermula dari rumah jiran sebelahnya.