Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Sarji
Kenyataan Media
Ogos 28, 2021 21:39 MYT
Ogos 28, 2021 21:39 MYT
“Dengan penuh sedih dan rasa sugul, kami menerima berita akan pemergian Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji yang dikasihi. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Tun di syurga.
"Tika detik yang amat memilukan ini, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan keluarga sentiasa berada dalam ingatan dan doa kami.
"Segala khidmat dan bakti mulia yang Allahyarham Tun curahkan buat Malaysia sudah dikenali umum dan akan sentiasa diingati oleh rakan dan taulannya.
"Buat kami di Oxford, Allahyarham Tun akan senantiasa dikenang atas setiap sokongan dan usahanya buat Pusat Pengajian Islam Oxford. Kami bertuah mengenali Allahyarham Tun sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama lebih dua dekad. Allahyarham telah berkhidmat dengan komitmen tinggi dan penuh cemerlang, malah nasihat bernasnya pasti akan dirindui.”
- Dr Farhan Nizami, CBE Felo Prince of Wales dan Pengarah Pusat Pengajian Islam Oxford