Calon MCA Tan Chee Teong tiba di sini pada jam 7.40 pagi diiringi ahli keluarganya, manakala calon DAP yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan, Wong Siew Ki, tiba pada jam 9:35 pagi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Wong dan Tan.
Sebanyak 16 pusat mengundi akan dibuka dari jam 8 pagi dan ditutup pada 5.30 petang.
DUN Balakong mempunyai 62,219 pemilih berdaftar yang layak mengundi dalam PRK kali ini.
Seorang pengundi Balakong di SJKC Batu 11, Cheras, Tan Shu fang, 25 tahun, selesai membuang undi pada jam 8:30 pagi.
Ini merupakan kali kedua beliau mengundi dan mengharapkan agar DUN Balakong akan bertukar wajah serta memberi kehidupan yang lebih selesa kepada pengundi.
Hari penamaan calon telah diadakan pada 18 Ogos lalu manakala hari undi awal adalah pada 4 September. Ini merupakan antara tempoh berkempen paling lama iaitu selama 21 hari.
Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu dalam satu kemalangan jalan raya.
BACA: Kemalangan: ADUN Balakong maut
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, Eddie menang besar dengan majoriti lebih 35,000 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.