Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah terjejas banjir pertama kali dalam 50 tahun
Astro Awani
Mei 10, 2017 23:54 MYT
Mei 10, 2017 23:54 MYT
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Temerloh terpaksa ditutup kepada orang awam akibat banjir kilat yang melanda kelmarin.
Ia berikutan beberapa infrastrukturnya mengalami kerosakan.
Menurut Ketua Unit Gajah PKGK, Nasharuddin Osman, kejadian banjir kali ini disifat yang terbesar di kawasan ini dalam tempoh 50 tahun
"Kita tidak pernah lagi mengalami banjir seperti ini. Kita sudah ambil langkah-langkah pindahkan anak gajah yang dibawah untuk ditempatkan di kawasan tinggi sebelum langkah selamatkan aset-aset kami,” katanya.
Kenaikan mendadak paras air hampir menyebabkan enam ekor anak gajah teperangkap yang kemudiannya diselamatkan dengan bantuan pihak keselamatan.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini akan dibuka semula selepas proses pembaikan dan pemulihannya dilaksanakan.