Pusat hiburan di Bukit Bintang terbakar

Sinar Harian
Februari 8, 2020 05:31 MYT
Pusat hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. -Foto Sinar harian
Sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mustaqim Anuar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian kira-kira jam 6.24 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Pudu serta BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan tingkat satu sebuah pusat hiburan berkeluasan 20 x 30 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran dianggarkan melibatkan kemusnahan 80 peratus.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
#BBP Hang Tuah #BBP Jalan Tun Razak #BBP Pudu #bomba #Bukit Bintang #kebakaran #Mustaqim Anuar