Pusat hiburan bawah tanah, 58 pengunjung ditahan

Astro Awani
Jun 26, 2021 05:28 MYT
Kesemua mereka dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan ujian saringan air kencing. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kira-kira 58 individu termasuk 22 wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan bawah tanah di Jalan Pudu malam tadi.
Serbuan jam 9.30 malam itu dijalankan Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, yang mengetuai serbuan itu berkata, premis berkenan didapati pernah beberapa kali diserbu polis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Siasatan awal mendapati, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.
Polis turut menahan penjaga dan pekerja premis berkenaan dan kesemua mereka dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan ujian saringan air kencing.
#pusat hiburan #bawah tanah #serbuan #polis
;