Pusat beli-belah Datum Jelatek dilancar hari ini, tumpuan baharu warga kota

Eton Khir
November 26, 2022 06:46 MYT
Dari (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azmil Abd Shukor dan dua ahli Lembaga Pengarah Pusat Beli-Belah Datum Jelatek, Ahmad Feruz Izharuddin dan Mahafizul Rusydin Abdul Rashid ketika merasmikan pembukaan Pusat Beli-Belah Datum Jelatek.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir tujuh tahun, ‘permata’ terbaharu dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, pusat beli-belah Datum Jelatek bersedia menyambut pengunjungnya buat pertama kali bermula pada hari ini, 26 November 2022.
Projek pembangunan Datum Jelatek ini dibangunkan oleh DatumCorp International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azmil Abd Shukor, berkata inisiatif itu sekali gus bakal memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Jelatek, Keramat, Setiawangsa, Ampang dan kawasan yang berdekatan untuk menikmati serta mencari kepelbagaian urusan harian makanan serta tempat yang begitu mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai kemudahan awam LRT.
“Dari LRT Jelatek boleh terus masuk ke dalam pusat beli-belah Datum Jelatek ini kerana kemudahan laluan berbumbung disediakan untuk masyarakat setempat dan pengguna LRT.
“Pusat beli-belah ini beroperasi setiap hari, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, menawarkan kepelbagaian jenama rakan niaga yang pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung dan mensasarkan sebanyak 50,000 pengunjung sebulan,” katanya selepas merasmikan tarikan terkini itu pada Sabtu.
Antara jenama besar yang menjadi tumpuan bagi barangan keperluan di pusat beli-belah Datum Jelatek ini ialah The Food Merchant yang turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pasar raya pertama negara yang menyediakan perkhidmatan 'Troli Valet'.
Selain itu, pelbagai jenama lain juga bakal menjadi tumpuan bagi keperluan masyarakat setempat antaranya Easytech, Digi, Samsung, SEN Q, Guardian, Healthlane, Nur Shop, Nur Grocer, Loud Speaker, PISB, SACC Premier Hall, Bounce Kids World, Krispy Kreme, Hot & Roll, LLAO LLAO, United Optometry, OC, Express Beauty Bar, Lavinas, Aodeedee, Gintell, Gong Cha, Cuckoo, 7-Eleven, Outlet, Nice to CU, Blink, Butty Boy Cooks, Thai Odyssey, OPPO, dan Mr.DIY.
Manakala bagi kategori makanan, jenama seperti KFC, A&W, Burger King, 4 Fingers, Pizza Hut, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Ayam Penyet Best dan Mee Tarik China Muslim.
Sementara itu, Azmil berkata usaha ini turut menfokuskan bagi memberi peluang kepada pengusaha kopi untuk membuka jualan di pusat beli-belah ini dengan menyasarkan lagi 30 tapak untuk disewakan dalam tempoh tiga bulan pertama.
“Pada masa sama ia termasuk menawarkan kepelbagaian aneka citarasa khususnya kepada pencinta kopi. Tidak kira jenama tempatan mahupun antarabangsa seperti Jamaica Coffee, Locca Café, Gigi Coffee, Zus Coffee, Tealive, Mesra Coffee dan Starbucks.
Dalam pada itu, Azmil berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada 26 dan 27 November sempena pembukaan pusat beli belah ini bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.
Katanya, ia termasuk penampilan khas tiga selebriti terkenal iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Alina Hassan, persembahan buskers, serta himpunan pelbagai jenis kereta BMW dari Kelab Bimmerianz dan aktiviti cabutan bertuah.
“Pengunjung yang bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal dan hadiah-hadiah sampingan yang lain seperti telefon bimbit, alat peranti tablet serta pelbagai lagi hadiah yang disediakan.
Pembangunan Datum Jelatek ini mempunyai 712 unit pangsapuri mewah berserta fasiliti dan pusat beli belah di atas podium setinggi tiga tingkat telah siap dibina sepenuhnya pada awal tahun 2022.
Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial di Facebook dan Instagram Datum Jelatek Shopping Centre.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
#Datum Jelatek Shopping Centre #Datum Jelatek #PKNS #pusat beli-belah