Purata pemberian vaksin COVID-19 meningkat minggu lepas - Khairy

Irwan Muhammad Zain
Jun 21, 2021 15:54 MYT
Khairy menjelaskan pada minggu sebelumnya, sejumlah 130,842 dos sehari telah diberikan di seluruh negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Purata pemberian suntikan vaksin COVID-19 sepanjang minggu lalu meningkat kepada 189,329 dos sehari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin.
Beliau memaklumkan, kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini direkodkan pada 17 Jun lalu membabitkan sebanyak 229,707 dos.
"Kita akan terus menyasarkan penanda aras baharu, iaitu 300,000 dos sehari, dalam masa terdekat.
"Itu pun saya sudah menerima arahan daripada Menteri Kesihatan untuk menyegerakan 300,000 dos sehari," katanya pada sidang media mingguan CITF, pada Isnin.
Sidang media mingguan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Khairy menjelaskan pada minggu sebelumnya, sejumlah 130,842 dos sehari telah diberikan di seluruh negara.
#Khairy Jamaluddin #Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #COVID-19 #suntikan #KJ #KHAIRY
;