Puntung rokok pencari barangan lusuh punca kebakaran di Kemaman - Bomba
Astro Awani
Februari 18, 2014 09:51 MYT
Februari 18, 2014 09:51 MYT
Puntung rokok yang dibuang oleh pencari barangan lusuh dipercayai punca kebakaran tapak pelupusan sampah di kampung Mak Chili, Kemaman.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Chukai, Zakri Che Long berkata bomba terpaksa mengguna khidmat jengkaut untuk menggali parit serta menimbus sampah di sekeliling kawasan berisiko sejak kebakaran bermula Ahad lalu.