Punca Kluster Tawar dan Sivagangga, ini tumpuan utama sidang media KKM
Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 27, 2020 17:41 MYT
Ogos 27, 2020 17:41 MYT
Hasil ujian makmal mendapati Kluster Tawar mempunyai mutasi D614G.
Justeru, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga kemungkinan besar daripada sumber yang sama.
Ini lima tumpuan kenyataan media beliau hari ini:
1) Lima kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan dua kes import dan tiga kes penularan dalam negara.
2) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 177 kes.
3) Terdapat 16 kes pulih dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,994 kes.
4) Pada 26 Ogos, Rt atau R naught (R0) dilaporkan adalah 0.74, KKM sentiasa berusaha untuk mengurangkan Rt (R0) kepada kurang daripada 1 secara berterusan
5) Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga mungkin daripada sumber yang sama