Punca kebakaran pusat jagaan orang tua mungkin litar pintas - Polis

Amirul Awaludin
Disember 15, 2017 11:07 MYT
Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff memaklumkan kebakaran mungkin berpunca dari litar pintas. - Foto JBPM
Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran yang mengorbankan lima nyawa di pusat jagaan orang tua di Sungai Long Kajang berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, pihaknya masih menunggu laporan berhubung kejadian itu dari pihak bomba.
"Berdasarkan siasatan awal kami punca kebakaran kemungkinan dari litar pintas dan masih menunggu laporan penuh pihak bomba. Ia dijangka mengambil masa antara lima hingga tujuh hari," katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajan, Lai Wa Chong memaklumkan semakan rekod mendapati, rumah banglo dua tingkat itu tidak pernah memohon permit untuk beroperasi.
"Pusat jagaan ini tidak ada rekod di MPKJ. Saya masih perlu menyemak dengan pemilik pusat itu sama ada ia ada kelulusan daripada Bomba tetapi semakan awal dengan bomba mengesahkan mereka tidak mohon sebarang lesen operasi,"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
BACA: 5 maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua di Sungai Long
BACA: Tragedi dinihari: Pusat jagaan Noble Care Home tidak ada permit operasi - MPKJ
#Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff #banglo #bomba #JBPM #Kajang #kebakaran #Ketua Polis Daerah Kajang #litar pintas #MPKJ #pusat jagaan orang tua #Sungai Long
;