SHAH ALAM: Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung (PULSE) menyeru pihak kerajaan agar pengusaha dan pemain industri logistik kecil dan sederhana (PKS) untuk menumpu kepada pendedahan transformasi digital menerusi latihan agar sektor tersebut tidak terabai dari segi teknologi.
Presiden PULSE, Puvaneaish Subramaniam berkata, pendedahan dan kesedaran digitalisasi bakal membuka ruang perdagangan yang lebih besar di samping peluang besar kepada pemian industri logikstik PKS dalam memacu pembangunan negara.
"Buat masa sekarang, pemain logistik PKS belum ada pendedahan digitalisasi ekoran ketiadaan platform untuk melatih mereka. Antara penambahbaikan digital yang kami harapkan ialah seperti penyediaan platform digital, sistem berasaskan cloud dan integrasi e-dagang.
"Dengan itu, industri logistik PKS mampu meningkatkan kecekapan operasi, proses yang lebih tersusun, mengurangkan keperluan tenaga kerja dan meningkatkan kelebihan persaingan,” kata Puvaneaish dalam satu sidang media mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan majlis makan malam PULSE.
Justeru beliau menggesa pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan agar memperkasa PULSE sebagai pusat latihan untuk mendigitalkan industri logistik. Beliau juga menyentuh isu kekurangan kemahiran dan latihan sebagai berada pada tahap yang membimbangkan di mana sektor ini terpaksa bergantung kepada pekerja asing sehingga terpaksa berkompromi dengan etika kerja.
Oleh itu, PULSE bercadang untuk membuka pusat latihan sehenti yang bukan hanya membolehkan program latihan yang kerap dan bermanfaat, tetapi juga menampung mesyuarat masa depan dengan pegawai yang berkaitan dari badan pengawalselia.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami yang mengakui keperluan sektor logistik PKS dalam pembangunan negara.
Sarawathy berkata, kementeriannya menyasarkan untuk meningkatkan daya saing perniagaan PKS, serta koperasi, dengan memperkukuhkan pasaran domestik dan memudahkan penyertaan mereka ke dalam pasaran global melalui pengantarabangsaan usahawan.
"Kami berhasrat untuk meningkatkan sumbangan PKS ke dalam keluaran domestik kasar sebanyak 41 peratus pada tahun 2025, berbanding 38.4 peratus ketika ini. Industri logistik antara yang mempunyai potensi besar untuk PKS,” katanya yang akui beliau turut mengambil perhatian terhadap cabaran pemain pengangkutan dan logistik yang semakin parah tatkala pandemik Covid-19.
"Bagi saya, kelebihan industri logistik PKS selepas era pasca-pandemik seharusnya menumpu kepada rantaian bekalan tempatan dan regionalisasi. Ini kerana kelemahan dalam rantaian bekalan global mendorong perniagaan dan kerajaan untuk menilai semula kebergantungan mereka kepada pembekal jarak jauh, dan ini merupakan satu kelebihan yang kita boleh utilisasi daripada fasa pasca pandemik. Maka, perubahan dalam rantaian bekalan tempatan dan wilayah memberikan peluang yang sangat baik bagi industri logistik PKS di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Puvaneish juga mengetengahkan satu lagi gesaan iaitu pengecualian cukai SST untuk kenderaan enjin hijau yang baharu.
"Ini membolehkan pemain kecil dan sederhana 'go-green' dan mengangkat elemen ESG serta menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon. Kos pengendalian kenderaan logistik juga akan menurun berbanding yang digunakan sekarang tidak ketinggalan kekerapan kerosakan dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi,” ujar Puvaneaish.
Selain itu, PULSE juga membawa isu kekurangan ruang parkir yang dihadapi oleh pemandu trak di kawasan R&R sehingga menyebabkan pelbagai masalah keselamatan jalan.
Mesyuarat Agung Tahunan PULSE yang ke-7 dan majlis tahunan dihadiri oleh kira-kira 500 orang.
Nizha Periaswamy
Wed Dec 13 2023

PULSE mahu bertindak sebagai penyedia latihan bagi mengatasi kekurangan kemahiran dan pendedahan digital dalam kalangan usahawan dan pemain industri logistik kecil dan sederhana. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cinta terhadap muzik semakin pudar - Tony Braxton
Toni Braxton yang terkenal menerusi lagi -Unbreak My Heart- mengambil keputusan untuk tidak merakamkan album lagi.