Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk pekerja perkhidmatan awam negeri itu yang mempunyai rekod disiplin yang baik.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.
Bagaimanapun, katanya mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri hanya akan dibayar RM1,000.
"Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa bonus akhir tahun adalah RM2,000 tunai kepada mereka yang mempunyai rekod disiplin yang baik dan akan dibayar sebelum akhir tahun ini," kata Guan Eng sewaktu membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Guan Eng berkata, bonus RM2,000 tunai itu juga berkuatkuasa terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga akan memberikan bonus tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru sekolah persendirian Cina sementara sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima saguhati RM200 tunai.
Pada pembentangan bajet 2018 itu juga kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian kredit RM300 dalam bentuk kad “I Love Penang” kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan untuk membayar yuran perkhidmatan sakit luar beserta ubat, dengan had RM50 setiap lawatan.
"Kad ini merupakan kunci untuk menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri, sementara pengurusan dan pengagihan semua progam kebajikan rakyat akan diselaraskan dan diintegrasikan," tambahnya.
Selain itu, beliau juga turut mengumumkan individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150 setahun dengan had sama RM50 setiap lawatan.
Bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’, program terbaru itu akan memberi manfaat kepada 195,000 isi rumah.
Astro Awani
Thu Nov 02 2017

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bayaran bonus itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam negeri.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang
Orang ramai digesa membuat laporan polis sekiranya mengetahui tentang mana-mana agamawan atau guru agama yang melakukan jenayah atau bertindak melanggar undang-undang.
7 anggota keselamatan terbunuh, 43 cedera dalam di Pakistan
Sekurang-kurangnya tujuh anggota pasukan separa tentera terbunuh, manakala 43 lagi cedera dalam satu insiden disyaki serangan bom berani mati di barat daya Pakistan pada Ahad
Britain gesa dunia pertahan Ukraine, tingkatkan tekanan kepada Rusia
Perdana Menteri Britain Keir Starmer menggesa dunia untuk mempertahankan sebarang perjanjian damai Ukraine sendiri, dan terus memberi tekanan kepada Rusia.
Perkara itu disuarakannya dalam satu mesyuarat maya yang dihadiri kira-kira 25 pemimpin dunia pada Sabtu.
Perkara itu disuarakannya dalam satu mesyuarat maya yang dihadiri kira-kira 25 pemimpin dunia pada Sabtu.
Jepun mahu kurang kebergantungan kepada perkhidmatan keselamatan siber asing
Kerajaan Jepun akan mula menggalakkan pertumbuhan industri keselamatan siber tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat asing, lapor Agensi Berita Kyodo.
MOF diminta beri perhatian 10 cadangan projek di negeri sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Angka korban serangan udara AS, UK di Yaman meningkat kepada 13 orang
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman pada Sabtu melaporkan bahawa bilangan mangsa yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di ibu negara, Sana’a meningkat kepada 13 orang, manakala sembilan lagi cedera, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Lebih 1,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Padang Serbaguna Tampin, pada Ahad.
Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind sandang jawatan Pengerusi
Ahli Parlimen Damansara, yang juga Menteri Digital, Gobind Singh Deo telah dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP yang baharu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung untuk penggal 2025 - 2028.
Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung untuk penggal 2025 - 2028.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.