Pulau Manukan antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Sabah
Eleanor Michelle Patrick
Januari 18, 2021 13:20 MYT
Januari 18, 2021 13:20 MYT
KOTA KINABALU: Lima unit kediaman kakitangan Taman Tunku Abdul Rahman di Pulau Manukan di sini terjejas susulan kawasan itu dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak Ahad.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi Astro AWANI, memaklumkan antara yang terjejas adalah bahagian dapur dan tandas unit-unit tersebut.
"Limpahan air daripada bukit berhampiran pulau diikuti dengan air pasang menyebabkan banjir.
"Banjir telah surut dan kerja pembersihan telah pun selesai tengah malam tadi," tambah beliau.
Jelas beliau lagi, keadaan juga dilaporkan dalam keadaan baik dan pihak taman telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Terdahulu, insiden hujan lebat sejak petang Ahad lalu di beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
#Kota Kinabalu
#banjir
#banjir sabah
#Jafry Ariffin
#Penampang
#tanah runtuh
#banjir kilat
#pulau manukan