Rakyat Malaysia sudah mula untuk merancang perjalanan mereka ke kampung masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang bakal diadakan pada 9 Mei ini.
Selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tarikh mengundi semalam, hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14 mula trending di media sosial terutamanya di laman Twitter.
Menerusi hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14, netizen menghulurkan bantuan kepada mereka yang berhasrat untuk mengundi tetapi mempunyai halangan untuk merancang perjalanan mereka ke rumah masing-masing.
Ada yang menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada para pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membeli tiket bas ataupun tiket penerbangan untuk kembali ke kampung halaman.
Selain itu, perkhidmatan ‘carpool’ juga ditawarkan untuk memudahkan perancangan perjalanan masing-masing.
Mereka yang mempunyai permintaan dan tawaran perlu menentukan tempat asal dan destinasi dituju, tarikh dan masa perjalanan, titik pertemuan dan bilangan tempat duduk yang ada.
Berikut adalah antara tweet yang dikongsi:
Bagaimanapun, ada segelintir turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk mengesahkan identiti pemandu kereta yang bakal dinaiki bagi menjamin keselamatan dirinya.
Kohilah Sekaran
Wed Apr 11 2018
Rakyat Malaysia sudah mula untuk merancang perjalanan mereka ke kampung masing-masing untuk mengundi pada PRU14, yang bakal diadakan pada 9 Mei ini.
SARA menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
Kerajaan akan menyalurkan SARA melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar mulai 15 Jan 2025.
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
AWANI Pagi: Eira sahut cabaran lawan Muay Thai bersama adik Jojo
Eira sahut cabaran Muay Thai adik Jojo? Nak tahu kenapa? Ikuti perkongsiannya dalam #AWANIPagi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Borong, runcit meningkat, trend jangka panjang atau sementara?
Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan nilai sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024. Adakah pertumbuhan dalam sektor ini mencerminkan trend jangka panjang atau hanya disebabkan oleh faktor bermusim? Bersama Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai untuk perbincangan lanjut.
[Data & Statistik] Prestasi perdagangan borong dan runcit, November 2024
Jumlah sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai sebanyak RM149.3 bilion pada bulan November 2024. Ini merupakan jualan kedua tertinggi yang direkodkan pada tahun tersebut, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus, sedikit lebih rendah daripada pertumbuhan 5.5 peratus yang dicatatkan pada bulan Oktober.
2025: Tahun peluang atau tekanan ekonomi?
Adakah rakyat Malaysia bersedia menghadapi 2025 yang penuh liku? Dengan jangkaan inflasi, pelarasan subsidi, dan ancaman global, mampukah optimisme kita diterjemah menjadi tindakan? Saksikan perbincangan mendalam tentang ekonomi, teknologi, dan masa depan negara. Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School Prof. Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.
E-Dagang Malaysia: Antara infrastruktur mantap dan lonjakan inovasi
Malaysia kini menjadi pemain utama e-dagang Asia Tenggara, berkongsi kedudukan kedua dengan Indonesia dan Thailand dengan lokasi strategik, infrastruktur kukuh, dan saiz pasaran sederhana, Malaysia berpotensi sebagai hab e-dagang serantau. Namun, Singapura kekal di hadapan dengan 59% pakar memilih berikutan termasuk infrastruktur maju dan sokongan kerajaan yang kukuh. Kupasan lanjut tentang bagaimana Malaysia dapat mengimbangi antara infrastruktur mantap tanpa menghalang pertumbuhan inovasi bersama Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Dr Chris Daniel Wong
[Data & Statistik] Jangkaan tahun 2025 - Ipsos Malaysia
Kira-kira 8 daripada 10 orang rakyat Malaysia menjangkakan 2025 akan menjadi tahun yang lebih memberangsangkan dan ekonomi global akan mengukuh. Selain itu, rakyat Malaysia juga mempunyai jangkaan optimistik terhadap potensi AI untuk mencipta pekerjaan baharu, mengatasi purata global.
Rakyat Malaysia mula #PulangMengundi
Laman media sosial, Twitter riuh dengan persiapan rakyat Malaysia untuk pulang mengundi yang dapat dilihat melalui hashtag #PulangMengundi.