Pukul anggota Rela: Lelaki bergelar Datuk Seri ditahan

Astro Awani
Oktober 30, 2017 18:48 MYT
Lelaki bergelar Datuk Seri ditahan polis. - Gambar hiasan.
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan polis selepas tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di IPD Ampang Jaya kira-kira pukul 4 petang.
"Beliau hadir menyerah diri ke IPD Ampang Jaya pada pukul 4 petang dan kita terus menahannya.
"Lelaki bergelar Datuk Seri itu akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 186 Kanun Keseksaan. Kita akan memohon perintah remah di Mahkamah Majistret Ampang, esok," katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit.
Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.
#Ampang #Datuk Seri #IPD Ampang Jaya #pukul #Seksyen 186 #Seksyen 324
;