Puasa disambut meriah oleh netizen dengan hashtag #HappyFasting
Kohilah Sekaran
Jun 18, 2015 09:31 MYT
Jun 18, 2015 09:31 MYT

Dengan umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa hari ini, media sosial dibanjiri ucapan salam Ramadan dan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
DENGAN umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa hari ini, media sosial dibanjiri ucapan salam Ramadan dan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
Hashtag #HappyFasting kini trending di laman Twitter dengan menduduki tempat pertama dalam senarai 'Malaysia Trends'.
Hari pertama nampaknya disambut meriah oleh pengamal media dengan mengambil kesempatan berkongsi pengalaman bersahur pagi ini serta melahirkan ucapan salam Ramadan di media sosial.
Namun, bagi mereka yang tinggal jauh daripada keluarga, hari pertama berpuasa mungkin tidak semeriah biasa kerana tidak berpeluang berbuka bersama keluarga.
Kalangan bukan Islam turut mengambil peluang melahirkan ucapan selamat berpuasa kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam.
Pada Selasa, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh mula berpuasa bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada Khamis dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Raja-Raja Melayu.