PTPTN: Lebih rela potongan RM50 daripada gaji RM1,000?

Isabelle Leong
Disember 2, 2018 06:00 MYT
ULYA AQAMAH: Penyelesaian yang diberi oleh Kerajaan PH lebih baik daripada apa yang diberi oleh Kerajaan BN sebelum ini. - Astro AWANI
Potongan gaji sebanyak dua peratus atau RM40 daripada gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan adalah lebih baik berbanding dasar yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini.
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah Husamudin berkata, mungkin masyarakat terbeban dengan potongan gaji tersebut tetapi penyelesaian ini adalah lebih baik daripada dasar yang ditetapkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Jika dibandingkan dengan dasar dahulu, penyelesaian ini adalah lebih baik. Kalau dahulu, graduan tetap kena bayar RM50 walaupun baru bekerja dengan gaji RM1,000.
"Secara perbandingan, di era pentadbiran baharu ini, kita beri satu resolusi yang lebih progresif supaya graduan yang baru bekerja dan menerima gaji RM1,300 tidak perlu bayar hutang PTPTN," kata Ketua Penerangan Armada Bersatu itu ketika berhujah dalam program Debat AWANI yang bertajuk PTPTN: Apa Susah Sangat Nak Bayar Hutang? terbitan Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Debat AWANI: RM40 bukan jumlah kecil untuk graduan - Wan Agyl
#Debat AWANI #hutang PTPTN #peminjam ptptn #PTPTN #Ulya Aqamah Husamudin
;