PTPTN antara dua insentif diumum PM dalam Bajet 2013

Astro Awani
Jun 27, 2013 07:44 MYT
Dua insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam bajet 2013 melonjakkan bayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN).
RM197.5 juta berjaya dikutip dari 37,300 peminjam PTPTN yang melunaskan pembiayaan mereka secara sekali gus selepas potongan 20 peratus.
Menurut Pengurus Kanan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat, keberhasilan insentif tersebut membantu PTPTN untuk terus menyediakan pembiayaan di masa depan.
Daripada RM197.5 juta, sejumlah RM158 juta daripadanya diterima sebagai bayaran balik pembiayaan.
Potongan 10 peratus pula diberikan kepada peminjam yang membuat ansuran selama 12 bulan berturut-turut mulai 1 Oktober 2012.
Sejak 2009, kutipan balik PTPTN meningkat dari RM553 juta kepada RM800.5 juta pada 2012.
Sehingga 31 Mei lalu, PTPTN berjaya mengutip RM4.11 bilion yang membabitkan 866, 205 peminjam.
Manakala 132,801 lagi dikenakan tindakan mahkamah dan senarai hitam termasuk larangan ke luar negara.
#20 peratus #bayaran #insentif #Peminjam #potongan #PTPTN
;