PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan

Hasimi Muhamad
April 28, 2021 14:11 MYT
Menurut Radzi, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin dalam Sidang Media Khas, di sini hari ini.
Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.
"Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#PT3 batal #PT3 2021 dibatalkan #Adakah PT3 batal #Radzi Jidin #Kementerian Pendidikan Malaysia #KPM #COVID19 #Menteri Kanan Pendidikan #UPSR Mansuh #UPSR 2021 dimansuhkan #Adakah UPSR 2021 mansuh
;