PRU15: Zuraida tewas, hilang deposit di Ampang

Nailah Huda
November 19, 2022 00:30 MYT
Penyandang kerusi Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin gagal mempertahankan kerusinya apabila bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin gagal mempertahankan kerusinya apabila bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah, beliau turut hilang deposit apabila hanya meraih 4,589 undi di tangga keempat.
Kerusi Ampang kekal dipegang oleh Pakatan Harapan menerusi kemenangan Rodziah Ismail dengan majoriti sebanyak 29,681 undi.
Beliau mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) Sasha Lyna Abdul Latiff (27,073) dan calon Barisan Nasional (BN) Ivone Low Yi Wen (11,509).
Turut hilang deposit di kerusi Ampang ialah calon Parti Pejuang Tanah Air Dr Nurul Ashikin yang meraih 2,653 undi dan calon Parti Warisan Sabah Bryan Lai (1,423).
Tiga calon bebas, iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, M. Raveen dan Tan Hua Meng masing-masing mendapat kurang 200 undi.
#PRU15 #Zuraida Kamaruddin #Rodziah Ismail #Ampang
;