PRU15: Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO

Astro Awani
November 4, 2020 19:09 MYT
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, perlantikan itu berkuat kuasa pada Rabu.
"Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah PRU-15 untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan membela rakyat.
"Saya percaya Datuk Seri (Tajuddin) dapat memberi komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya membantu kemenangan UMNO dan BN dalam PRU-15 akan datang," ujarnya.
Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah antara Ahli Parlimen senior UMNO dan BN yang lantang berbahas dalam setiap sidang Dewan Rakyat.
#Tajuddin Abdul Rahman #UMNO #Barisan Nasional #Parlimen #pilihan raya #pilihan raya umum #prasarana #PRU15 #BN #Zahid Hamidi
;