PRU15: Muhyiddin selesai tunai tanggungjawab mengundi

Hilmi Malik
November 19, 2022 09:37 MYT
Muhyiddin dan isteri tiba di SMK Sri Muar untuk membuang undi bagi kerusi Parlimen Muar hari ini. - Foto Astro AWANI
MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi ini.
Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.56 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pegawainya.
Beliau dalam masa sama turut mengharapkan agar pengundi membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini dalam menentukan masa depan negara.
"Saya dan isteri telah selesai tunaikan tanggungjawab sebentar tadi dan saya tak nak rahsiakan, saya pangkah Perikatan Nasional," katanya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi hari ini.

Calon PN bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di SMK Sri Muar pada jam 8.56 pagi untuk tunaikan tanggungjawab mengundi. Beliau turut diiringi isterinya. @501Awani #MalaysiaMemilih #PRU15 pic.twitter.com/92TMsXC3lm

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) November 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut berentap di Pagoh bersama dua lagi pesaingnya, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mewakili Barisan Nasional dan Iskandar Shah Abd Rahman dari Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU14 yang lalu, Muhyiddin memenangi kerusi berkenaan atas tiket PH dengan majoriti undi sebanyak 6,927.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
#PRU15 #Muhyiddin Yassin #Parlimen Muar #Perikatan Nasional
;