PRU15: Masih cuti sakit, Koperal Nasri tetap mengundi walaupun berkerusi roda
Fareez Azman
November 15, 2022 11:10 MYT
November 15, 2022 11:10 MYT
RAUB: Meskipun berkerusi roda dan dalam tempoh cuti sakit, namun ia tidak memadamkan semangat PRU15: Masih cuti sakit, Koperal Nasri tetap mengundi walaupun berkerusi roda Nasri Ab Razak, 55, menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini pada Selasa.
Jelasnya, meskipun kesihatannya tidak begitu baik kerana menghidap jangkitan kuman di kaki dan paru-paru berair, dia bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia.
“Saya hidap jangkitan kuman di kaki, jam 6 pagi bangun dah.
“Tahun lepas mengundi di sini, tapi kali ini lain sikit. Semangat mengundi itu tetap ada.
“Mengundi ini satu kewajipan, kita kena keluar mengundi untuk bawa negara kita ke hadapan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Di Parlimen Raub, seramai 377 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengundi di tiga pusat pengundian awal iaitu di Dewan Melor, IPD Raub, Balai Polis Cheroh dan Balai Polis Dong.
Secara keseluruhan, seramai 21,164 pengundi di negeri Pahang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.