PRU15: [LAPORAN KHAS] Nasib etnik Pala'u mengemis, penempatan khas sedang dirancang

Hasimi Muhamad
November 11, 2022 20:37 MYT
Kanak-kanak Pala'u sedang mengemis di lampu isyarat di Lahad Datu - Sumber foto Hasimi Muhamad/Astro AWANI
LAHAD DATU: ASTRO AWANI pada Khamis telah memaparkan 'Laporan Khas Nasib Pengemis Pala'u' di Lahad Datu, Sabah.
Ini bukan 'fenomena' baharu di kawasan ini.
Apakah cukup dengan tidak memberikan wang, atau mencemuh mereka?
Cerita ini bukan mahu mengangkat mereka, bukan juga berniat untuk mengusir mereka.
Namun, mana penyelesaiaannya?
Astro AWANI bertemu Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu,
Katanya, pelbagai insiaitif telah diambil untuk mengekang aktiviti mengemis di lampu isyarat termasuk mengesyorkan untuk menyediakan penempatan.
Jelas Firuz Idzualdeen, lokasi penempatan juga sudah dikenal pasti tetapi belum dapat didedahkan, setakat ini.
Beliau menambah, ketika ini etnik Pala'u turut dikesan membuka penempatan secara tidak sah di kawasan persendirian di Kampung Panji.
BACA: PRU15: [LAPORAN KHAS] 'Kami hanya nak beli ubi...' - Nasib etnik Pala'u mengemis
SEMAK CALON-CALON DAN KEPUTUSAN PRU14 DI SINI!
Laporan penuh wartawan, Hasimi Muhamad dan jurukamera Astro AWANI, Ab Uzza Ab Latiff di sini.
SIRI KEDUA: Laporan Khas | Rancang penempatan khas untuk etnik Pala'u
SIRI SATU: Laporan Khas | Pala'u mengemis di lampu isyarat
#Nasib etnik Pala'u #Etnik Pala'u mengemis di lampu isyarat #PRU15
;