Terdahulu beliau tiba di IPK Johor pada jam 9 pagi sebelum selesai melaksanakan proses pengundian pada jam 9.20 pagi.
Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut memaklumkan, sejumlah 1,395 anggota polis bersama pasangan bakal terlibat dengan proses undi awal hari ini.
“Kita sudah tetapkan masa tertentu untuk pastikan pembahagian tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Kalau semua keluar undi jadi siapa nanti yang nak laksanakan tugas-tugas kawalan keselamatan dan sebagainya jadi semua itu kita dah atur,” katanya ketika ditemui di IPK Johor pada Selasa.
Mengulas lanjut, pihaknya berkata, sebahagian besar anggotanya di IPK Johor telah mula keluar mengundi pagi ini dengan anggaran berjumlah 600 anggota.
Terdahulu, anggota polis di IPK Johor telah mula beratur seawall jam 7.30 pagi sebelum pusat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi.
Secara keseluruhan bagi negeri Johor, seramai 22, 689 anggota polis dan tentera termasuk pasangan turut terlibat dalam proses undi awal.
Daripada jumlah itu, sejumlah 11,544 terdiri daripada anggota warga PDRM.