PRU15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat

Hilmi Malik
November 7, 2022 20:53 MYT
Air mula naik di beberapa kawasan di Johor Bahru berikutan cuaca hujan lebat berterusan sejak jam 4.30 petang. - Sumber foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di sini mula dinaiki air susulan hujan lebat secara berterusan sejak jam 4.30 petang Isnin.
Antara kawasan yang mula dilanda banjir kilat ialah di Sanctuary Garden, Tebrau dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru mengakibatkan beberapa kenderaan turut ditenggelami air.
Tinjauan Astro AWANI mendapati beberapa kenderaan peribadi milik penduduk di kawasan terlibat tidak sempat diselamatkan. Beberapa premis perniagaan turut terjejas akibat dinaiki air.
Banjir | Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat

Kawasan di Sanctuary Garden, Tebrau sudah mula dinaiki air susulan cuaca hujan yang berterusan sejak 4.30 petang. @501Awani #banjirkilat #JohorBahru #Tebrau pic.twitter.com/sHbPM0RY6d

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) November 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati Kampung Melayu Majidee, yang dilaporkan kerap dilanda banjir kilat turut mengalami nasib yang sama.
Kru Astro AWANI turut difahamkan, kawasan itu antara yang kerap dilanda banjir kilat dan air banjir didakwa mencecah paras dada.
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan pada Isnin dikatakan telah mulai surut.
#PRU15 #banjir Johor Bahru #kenderaan Astro AWANI #Onn Hafiz
;