PRU15: 20 nyaris tidak mengundi diangkut dengan bot ke pusat mengundi di Chini

Amir Hamzah Nordin
November 19, 2022 19:53 MYT
Kesemua pengundi berjaya dibawa dengan bot ke pusat mengundi secara berperingkat oleh agensi berkaitan. - Foto ihsan bomba
PEKAN: Seramai 20 orang pengundi dari Kampung Tasik Mentiga, Chini, Pekan terkandas dan nyaris tidak dapat mengundi untuk ke pusat mengundi kerana laluan di kampung itu ditenggelami air, pada jam 8.00 pagi ini.
Namun, pengundi tersebut berjaya dibawa dengan bot ke pusat mengundi secara berperingkat oleh agensi berkaitan.
Komander Operasi, Mohd Fadzirllah Zainal Abidin, memaklumkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini turut berkerjasama dengan pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk membantu orang awam yang diangkut dengan bot fiber dan aluminium.
Katanya, BBP Chini menggunakan sebuah bot aluminium, polis (dua bot), serta APM (tiga unit bot fiber) dengan kekuatan 22 anggota dari tiga agensi tersebut.
#pengundi terkandas #Kampung Tasik Mentiga #Chini #PRU15
;