PRU14: UiTM cuti 9 Mei
Nursyazwani Saiful Sham
April 13, 2018 23:56 MYT
April 13, 2018 23:56 MYT
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said mengisytiharkan tarikh 9 Mei depan sebagai hari pelepasan am buat semua warga UiTM.
Dalam satu kenyataan di platform media sosial Twitter, beliau berkata hari pelepasan am itu adalah bagi memudahkan warga UiTM melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Pihak Pengurusan #UniversitiTeknologiMARA memberi Pelepasan Am pada 9 Mei 2018 kepada semua warga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Tambah Hassan, pelajar dibenarkan untuk mengikuti kaedah pembelajaran lain tanpa perlu menghadirkan diri ke kuliah pada 10 dan 11 Mei.
“Pelajar boleh mengikuti pembelajaran dalam talian atau kaedah lain tanpa kuliah yang ditetapkan oleh fakulti/kampus pada 10 dan 11 Mei 2018,” tulisnya.