PRU14: Malaysia Airlines tingkat kapasiti pesawat untuk rakyat pulang mengundi
Malik Ridhwan
April 13, 2018 17:53 MYT
April 13, 2018 17:53 MYT
Malaysia Airlines akan menambah 40 penerbangan tambahan dan menaik taraf 10 penerbangan ke perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasi domestik antara 5 hingga 10 Mei 2018.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata ia berikutan peningkatan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ketika hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.
Beberapa laluan terpilih yang menggunapakai perkhidmatan B737-800 akan dinaik taraf menggunakan pesawat A333-300.
Dalam pada itu, Malaysia Aviation Group (MAG) turut menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings semasa PRU14 pada 9 Mei ini.
Pengecualian itu merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanannya jatuh antara 8 hingga 10 Mei 2018.
"Hanya satu perubahan yang dibenarkan dan ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.
"Penumpang dibenarkan untuk menangguh perjalanan masing-masing sehingga tempoh dua bulan daripada tarikh penerbangan asal," kata MAG dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, MAG berkata, semua tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut peraturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.
Semua subclass tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut aturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.
Pelanggan boleh melakukan perubahan tempahan di pejabat tiket penerbangan masing-masing atau menghubungi pusat perkhidmatan Malaysia Airlines dan MASwings di talian 1300883000 atau pusat perkhidmatan FireFly di talian +60378454543.
Naik taraf perkhidmatan B737-800 kepada pesawat A333-300
1. 05MEI18
MH2614 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 12.55pm/3.30pm – Seperti jadual asal
MH2607 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 4.30pm/7.00pm – Diubah masa daripada jadual asal
2. 08MEI and 09MEI18
MH1162 Kuala Lumpur/Penang 7.30pm/8.25pm – Seperti jadual asal
MH1165 Penang/Kuala Lumpur 9.25pm/10.25pm – Diubah masa daripada jadual asal
3. 08MEI18
MH2640 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 3.45pm/6.20pm – Seperti jadual asal
MH2631 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 7.20pm/9.50pm – Diubah masa daripada jadual asal
MH2528 Kuala Lumpur/Kuching 5.00pm/6.45pm – Seperti jadual asal
MH2597 Kuching/Kuala Lumpur 8.00pm/9.40pm – Seperti jadual asal
4. 10MEI18
MH1152 Kuala Lumpur/Penang 4.35pm/5.35pm – Seperti jadual asal
MH1155 Penang/Kuala Lumpur 6.35pm/7.35pm – Diubah masa daripada jadual asal
Penerbangan domestik tambahan menggunakan pesawat B737-800
1. 8 MEI 2018
MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 10.00am/10.55am
MH7321 Kota Bharu /Kuala Lumpur 11.35am/12.35pm
MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 12.45pm/1.40pm
MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 2.20pm/3.20pm
MH7334 Kuala Lumpur/ Kuala Terengganu 3.00pm/3.55pm
MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 4.35pm/5.30pm
MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 5.20pm/7.15pm
MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 7.55pm/9.50pm
MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.00pm/7.00pm
MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 7.40pm/8.40pm
MH7416 Kuala Lumpur/Labuan 6.00pm/8.25pm
MH7417 Labuan/Kuala Lumpur 9.05pm/11.25pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 6.25pm/9.10pm
MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 9.50pm/12.30am+1
MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 7.05pm/8.00pm
MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 8.40pm/9.35pm
MH1286 Kuala Lumpur/Kuantan 9.30pm/10.20pm on 08MAY18
MH1263 Kuantan/Kuala Lumpur 6.30am/7.15am on 09MAY18
2. 9 MEI 2018
MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 8.10pm/9.05pm
MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 9.40pm/10.35pm
MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 5.40pm/6.35pm
MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 7.15pm/8.15pm
MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.25pm/7.25pm
MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm
MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 6.25pm/7.20pm
MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 7.55pm/8.50pm
MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 7.05pm/9.00pm
MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 9.40pm/11.30pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm
MH7427 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm
3. 10 MEI 2018
MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 8.00am/9.00am
MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 9.45am/10.45am
MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 2.20pm/3.15pm
MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 3.55pm/4.50pm
MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 6.25pm/7.20pm
MH7321 Kota Bharu/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm
MH7486 Kuala Lumpur/Miri 6.30pm/8.45pm
MH7487 Miri/Kuala Lumpur 9.25pm/11.35pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm
MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm
#domestik
#Malaysia Airlines
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#penerbangan
#pilihan raya umum
#PRU
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung Malaysia