PRU14: KeTTHA jamin tiada gangguan bekalan elektrik

Astro Awani
Mei 8, 2018 19:26 MYT
Persiapan rapi telah dilakukan untuk memastikan proses pilihanraya berjalan lancar.
Proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangka berjalan dengan lancar tanpa masalah bekalan elektrik.
Itu yang dijanjikan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerusi satu kenyataan media yang dikleuarkan sebentar tadi.
KeTTHA memaklumkan pihaknya sudah melakukan persiapan rapi bagi memastikan proses pilihan raya kali ini berjalan lancar tanpa gangguan bekalan elektrik.
Rakyat Malaysia akan keluar mengundi dalam PRU14 esok.
#bekalan elektrik #elektrik #Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air #KeTTHA #PRU14 #rakyat Malaysia
;