PRU14: BN boleh menang majoriti mudah, tapi...

Astro Awani
Februari 22, 2018 19:21 MYT
BN memerlukan sekurang-kurangnya 35 peratus sokongan orang Melayu untuk menang majoriti mudah pada PRU14 - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Profesor Negara (MPN) merumuskan Barisan Nasional tidak ada masalah untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14 dengan keputusan majoriti mudah.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN, Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak menjelaskan 107 hingga 109 kawasan parlimen ketika ini boleh disifatkan sebagai cenderung memihak kepada BN.
Untuk membentuk kerajaan, BN hanya perlu menguasai 112 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.
“Bagaimana pun, untuk mengekalkan kuasa, UMNO dan BN perlu mendapatkan minimum 35 peratus undi Melayu,” katanya ketika merumuskan Sidang Meja Bulat Pra PRU14 di ibu negara.
#Barisan Nasional #Bila Pilihan Raya #BN boleh menang #Majlis Profesor Negara #majoriti mudah #Malaysia #Malaysia Memilih 2018 #Melayu #Pakatan Harapan #Parlimen #Pilihan Raya Umum ke-14 #politik #Pra PRU14 #PRU14 #UMNO
;