PRU13 pada bulan Mac?
Astro Awani
Januari 15, 2013 14:20 MYT
Januari 15, 2013 14:20 MYT
Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti bakal mengguna pakai senarai pemilih sehingga suku keempat 2012.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), senarai pemilih suku keempat akan dipamer dan diwartakan sekitar bulan depan.
Ia sedikit sebanyak menjadi petunjuk, bila PRU13 akan berlangsung.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, senarai suku ke-empat diwartakan pada bulan Februari dan digabungkan dengan daftar pemilih induk.
Setakat ini, jumlah pengundi mencecah 13.2 juta orang.
Ramai pemerhati serta penganalisa politik meramalkan ibu kepada segala pilihan raya itu akan berlangsung pada bulan Mac.
Aziz memaklumkan, kos menjalankan PRU13 ialah RM400 juta.
Justeru SPR menyarankan agar setiap pengundi sentiasa memeriksa butiran daftar pemilihan bagi mengelak berlakunya kesilapan sebelum berlangsungnya proses demokrasi.