PRU13: Keikhlasan harus diterjemah

Astro Awani
Februari 22, 2013 21:10 MYT
Keikhlasan hati harus diterjemah. Itu pandangan Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beranggapan menandatangani ikrar integriti pilihan raya adalah tidak perlu.
Namun bagi Samsu tindakan perdana menteri menandatangani ikrar integriti pilihan raya adalah sesuatu yang tepat dan tidak perlu dipertikaikan.
Pada masa sama, menerusi usaha itu, rakyat dapat melihat kesungguhan dan keikhlasan sesebuah parti politik dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
20 Februari lalu, Datuk Seri Najib Razak telah menandatangani ikrar integriti pilihan raya bersama Transparency International Malaysia sebagai komitmen membanteras rasuah pada PRU 13.
#Datuk Seri Abdul Hadi Awang #Presiden Pas #Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat
;