Provokasi melampau, Syed Saddiq janji tuntut bela

Israr Khalid
September 5, 2019 23:48 MYT
Ketibaan penyokong Malaysia atau dipanggil Ekor Harimau disambut dengan dingin oleh penyokong tuan rumah termasuk dibaling dengan batu. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata kecewa dengan insiden yang melanda penyokong Malaysia di Gelora Bung Karno ketika perlawanan menentang Indonesia bagi aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Menerusi muat naik Twitternya, Syed Saddiq menegaskan bahawa beliau akan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya di sana.
Tegasnya, gangsterisme tidak boleh dikompromi dalam apa jua bentuk, melihat kepada tindakan ganas penyokong pasukan Garuda yang membaling objek berbahaya termasuk botol, besi dan suar.
Beliau juga menyampai maklum bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada badan induk bola sepak dunia, FIFA ekoran insiden memalukan ini.
Katanya, bola sepak sepatutnya menjadi medan penyatuan dan apa yang berlaku pada malam Khamis adalah sangat menyedihkan.

Sebentar tadi saya bersama penyokong2 Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol & suar dicampak kpd kami beberapa kali. pic.twitter.com/BxKscJvXsq

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketibaan penyokong Malaysia atau dipanggil Ekor Harimau disambut dengan dingin oleh penyokong tuan rumah termasuk dibaling dengan batu.
Pasukan negara juga berdepan ancaman sama dan dibawa masuk ke stadium dengan kenderaan tentera Barracuda.
Perlawanan juga tergendala sementara sekitar minit 75 apabila dipercayai kawasan penyokong Malaysia dibaling objek berbahaya termasuk suar.
Perlawanan berakhir memihak Malaysia dengan keputusan 2-3, melakar sejarah menang di Gelora Bung Karno selepas 15 tahun.
#bola sepak #Garuda #harimau Malaya #INAMAS #Indonesia #JanganGaduhGaduh #Malaysia #Menteri Belia dan Sukan #Syed Saddiq #WeBelangTogether
;