Prototaip kereta nasional baharu dijangka didedah kepada umum tahun depan
Bernama
Disember 3, 2018 20:01 MYT
Disember 3, 2018 20:01 MYT
Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya tahun depan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata, ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.
Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu berhasrat melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Dr Mahathir.
Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara. -- Bernama