Proton turunkan harga kenderaan
Astro Awani
Jun 16, 2013 06:44 MYT
Jun 16, 2013 06:44 MYT
Kerajaan mengalu-alukan langkah Proton menurunkan harga kenderaan keluarannya bagi membolehkan rakyat memiliki kereta berkualiti pada harga rendah.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berharap lebih banyak syarikat pengeluar kenderaan berbuat demikian demi kemudahan rakyat.
Langkah Proton itu dilihat bertepatan dengan AkuJanji kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad di Kampung Mempelam Mergong, Alor Setar.
Proton pada Sabtu memperkenalkan kereta Varian terbaru Saga SV yang dijual pada harga serendah RM33,438.
Walaupun harganya kurang RM5,000 berbanding Varian Saga FLX namun ia tetap menawarkan ciri keselamatan dan keselesaan yang dipertingkatkan.