Proton Suprima 'trending' Google Malaysia sepanjang tahun 2013

Aizat Sharif
Disember 17, 2013 07:00 MYT
Kereta nasional negara, Proton Suprima telah menjadi ‘trending’ bagi carian kenderaan dalam Google Malaysia sepanjang tahun 2013.
Kereta yang mempunyai enjin 1.6 liter dan direka berbentuk ‘hatchback’ itu telah mula berada di pasaran pada 17 Ogos 2013.
Ianya semakin mendapat tempat dalam carian rakyat Malaysia dan mengikutinya di kedudukan nombor dua adalah sebuah lagi kereta nasional negara, Proton Saga SV.
Sebuah lagi kereta nasional negara, Proton Preve berada di tangga ke lapan dan ‘trending’ terhadap kereta-kereta nasional ini berjaya menolak jenama mewah seperti Lamborghini Veneno ke tangga ke sepuluh.
Pencarian terhadap kereta-kereta nasional ini berkemungkinan adalah disebabkan kerana harga pasaran kereta termasuk juga harga penyelengaraan yang agak realistik dengan kemampuan rakyat Malaysia ini berbanding dengan kereta-kereta import.
Google Malaysia pada hari ini telah mengumumkan “Carian Tahunan Zeitgeist”, topik-topik perbincangan warga media sosial yang menjadi ‘trending’ dalam carian mereka di Internet.
Menurut Ketua Komunikasi dan Hal-Ehwal Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata Google kini menjadi satu platform di mana rakyat Malaysia mencari maklumat dan meneroka perkara-perkara dan individu yang baru.
“Carian tahunan Zeitgeist ini adalah sebuah ukuran yang memberi gambaran sebenar terhadap segala peristiwa dan ‘trend’ yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun ini,” kata Zeffri.
Kenderaan (Trending)
1. Proton Suprima
2. Proton Saga SV
3. Nissan Almera
4. KIA Cerato
5. Toyota Vios
6. KIA Rio
7. Peugeout 208
8. Proton Preve
9. Ford Kuga
10. Lamborghini Veneno
#Google Malaysia #Proton Suprima #trending
;