Proton sudah tukar warna?

Sinar Harian
Mei 26, 2018 17:16 MYT
Bangunan itu akan berwajah baharu dengan warna biru muda sedangkan warna korporatnya yang asal ialah warna biru gelap. - Foto Sinar Harian

Orang ramai yang lalu lalang di Pusat Servis Proton Glenmarie Shah Alam tertanya-tanya apabila melihat kren memasang papan-papan warna yang menghiasi premis itu.

Bangunan itu akan berwajah baharu dengan warna biru muda sedangkan warna korporatnya yang asal ialah warna biru gelap.

Apakah warna baharu itu seiring dengan perubahan kerajaan yang menggunakan warna tema biru muda?

Mungkinkah warna biru muda itu adalah warna korporat syarikat Geely dari Cina yang punyai saham 49.99 peratus di dalam Proton?
Semakan di internet menunjukkan warna logo syarikat Geely punyai warna biru yang berlainan.

Apabila ditanya kepada salah seorang petugas Proton, mengapa warna tema premis bertukar warna?

Jawabnya sambil tersenyum, "Warna biru muda yang dipilih tu mungkin secara kebetulan!"

#Geely #Internet #Malaysia #Perdana Menteri #premis bertukar warna #Proton #shah alam #Tun Dr Mahathir Mohamad
;