Proton sangkal dakwaan kenderaannya akan terbakar jika 'jump start'

Kohilah Sekaran
Jun 10, 2016 06:45 MYT
Proton Holdings Berhad menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang meminta pengguna Proton tidak boleh melakukan sebarang 'jump start'. - Gambar fail
PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Berhad menyangkal imej yang tersebar di media sosial baru-baru meminta pemilik Proton untuk tidak melakukan sebarang jump start pada model tertentu kerana boleh menyebabkan Unit Kawalan Transmisi (TCU BOX) mengalami kerosakan atau terbakar.
Menerusi satu kenyataan media pada Khamis, Proton menegaskan segala kandungan yang tersebar di media sosial itu tidak benar, di sebaliknya semua kereta keluaran Proton boleh lalui tindakan bantu mula.
Kredit Gambar: Media sosial
Menurut Proton, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa.
“Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton,” menurut Proton dalam kenyataan tersebut.
Prosedur yang betul mengikut Proton
- Terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.
- Namun, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.
Kredit Gambar: Facebook Proton Cars
#imej #Kini Trending #media sosial #menyangkal #Proton