Menerusi satu kenyataan media pada Khamis, Proton menegaskan segala kandungan yang tersebar di media sosial itu tidak benar, di sebaliknya semua kereta keluaran Proton boleh lalui tindakan bantu mula.
Kredit Gambar: Media sosial
Menurut Proton, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa.
“Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton,” menurut Proton dalam kenyataan tersebut.
Prosedur yang betul mengikut Proton
- Terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.
- Namun, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.
Kredit Gambar: Facebook Proton Cars