Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800

Khalis Khadir
Disember 16, 2024 17:53 MYT
Harga ini termasuk jaminan selama enam tahun tanpa had jarak perbatuan, jaminan bateri dan komponen selama lapan tahun atau 180,000 kilometer jarak perbatuan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran nasional, e.MAS 7 yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 bagi varian Prime.

Ringkasan AI
  • Proton melancarkan kenderaan elektrik pertama, e.MAS 7, yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 bagi varian Prime dan RM123,800 bagi varian Premium.
  • Kedua-dua varian e.MAS 7 mempunyai kuasa maksimum 160 kWh dengan tork 320 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat, dan kelajuan maksimum 175 km/j.
  • Varian Prime mempunyai jarak perjalanan 345 KM WLTP dengan bateri 49.25 kWh, manakala varian Premium mempunyai jarak perjalanan 410 KM WLTP dengan bateri 60.22 kWh.

Proton e.MAS 7 Premium pula ditawarkan pada harga bermula RM123,800 dan kedua-duanya hadir dengan lima pilihan warna.
Harga ini termasuk jaminan selama enam tahun tanpa had jarak perbatuan, jaminan bateri dan komponen selama lapan tahun atau 180,000 kilometer jarak perbatuan.
Kedua-dua varian mempunyai prestasi sama iaitu kuasa maksimum 160 kWh dengan tork 320 Nm yang memberikan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.9 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 175 km/j.
Perbezaannya adalah dari segi kapasiti bateri yang turut mempengaruhi jarak perjalanan, kelengkapan dan juga kemasan.
Varian Prime dilengkapi bateri berkapasiti 49.25 kWh yang memberikan jarak perjalanan 345 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 80 kWh.
Bagi varian Premium, ia mempunyai bateri berkapasiti 60.22 kWh dengan jarak perjalanan 410 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 100 kWh.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#e MAS 7 #kenderaan elektrik pertama #varian Prime #EV #terkini
;