Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Bernama
Februari 21, 2025 15:40 MYT
Februari 21, 2025 15:40 MYT
Teresa Kok (foto) berkata sebanyak 10 prosiding telah dijadualkan untuk isu tersebut yang membabitkan Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM). -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding tertutup berhubung Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam pada 24 Februari ini.
Ringkasan AI
- PAC akan memulakan prosiding tertutup mengenai peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta, dan impak kepada kesihatan awam pada 24 Februari. Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.
- Sebanyak 10 prosiding telah dijadualkan, melibatkan Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Bank Negara Malaysia (BNM). PAC akan memanggil semua pihak berkepentingan dalam industri insurans kesihatan, hospital swasta, NGO, dan ahli akademik.
- Ini merupakan sesi pendengaran awam PAC kali kedua, dengan jumlah kehadiran 550 orang, selepas sesi pertama diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari.
Laporan tersebut akan dibentang pada sesi persidangan Dewan Rakyat, Jun ini.
Naib Pengerusi PAC Teresa Kok berkata sebanyak 10 prosiding telah dijadualkan untuk isu tersebut yang membabitkan Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Jawatankuasa ini akan memanggil semua pihak berkepentingan dalam industri insurans kesihatan, hospital swasta, MoF, KKM, BNM, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Awam PAC bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam di Parlimen, hari ini.
Ini merupakan sesi pendengaran awam PAC kali kedua dengan jumlah kehadiran 550 orang, selepas kali pertama diadakan di Pulau Pinang pada 14 Feb lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 730 orang bagi kedua-dua sesi tersebut.
-- BERNAMA
#Teresa Kok
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Premium Insurans Kesihatan
#caj hospital swasta