Prosiding Suruhanjaya Siasatan Urus Niaga Mata Wang 8 Ogos
Bernama
Ogos 5, 2017 17:51 MYT
Ogos 5, 2017 17:51 MYT
Prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-An akan diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada 8 Ogos (Selasa).
"Prosiding bagi siasatan ini adalah terbuka kepada umum," demikian menurut notis pemberitahuan yang dikeluarkan setiausaha Suruhanjaya Siasatan berkenaan hari ini.
Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].
Penubuhan suruhanjaya itu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Suruhanjaya dengan enam keanggotaan itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 18 Julai berkata suruhanjaya itu akan menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh kuat kuasa penubuhannya pada 15 Julai 2017 dan akan menyembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia
#bidang kuasa
#Kementerian Kewangan
#Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing
#Mahkamah Rayuan
#notis pemberitahuan
#suruhanjaya siasatan
#Yang di-Pertuan Agong