Prosiding kes Syed Saddiq ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri

Yasmin Natasha
Mac 20, 2025 14:50 MYT
Syed Saddiq ketika tiba di mahkamah hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan prosiding rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Penangguhan itu diputuskan panel hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
“Kes ini ditangguhkan untuk hujahan lanjut pihak pendakwaan. Mahkamah akan tangguhkan kes ini untuk urusan mahkamah, petang ini,” katanya.
Perbicaraan seterusnya akan bersambung pada 17 April 2025.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Syed Saddiq #kes mahkamah #hukuman penjara #Mahkamah Rayuan #terkini
;