Prosiding inkues Muhammad Adib bermula hari ini

Hilmi Malik
Februari 11, 2019 10:05 MYT
Prosiding hari ni berlangsung di Kompleks Mahkamah Koroner Shah Alam yang bermula pada pukul 10 pagi. - Astro AWANI/Hilmi Malik
Hari ini bermulanya prosiding hari pertama inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba dan juga Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selepas cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November tahun lalu.
Prosiding hari ni berlangsung di Kompleks Mahkamah Koroner Shah Alam yang bermula pada pukul 10 pagi.
Prosiding akan dilakukan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.
Antara yang hadir pada inkues pagi ini termasuk kumpulan saksi yang terdiri daripada anggota bomba, saksi awam serta anggota keluarga
Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.
Beberapa anggota bomba serta saksi awam termasuk ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib difahamkan akan memberi keterangan pagi ini.
Mereka antara 30 saksi selain enam doktor dan pakar forensik, yang akan memberi keterangan sepanjang 52 hari inkues berlangsung.
Pada 27 November lalu, Mohd Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu pada pukul 9.41 malam di IJN.
BACA: Muhammad Adib meninggal dunia
#anggota bomba #EMRS #inkues #insiden rusuhan #koroner #Muhammad Adib Mohd Kassim #USJ 25
;