Prosiding inkues kematian William bermula Rabu ini

Astro Awani
Februari 8, 2013 23:35 MYT
Prosiding inkues berhubung kematian William Yau Zhen Zhong akan bermula di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli.
Beliau berkata siasatan kes itu telah selesai dan 54 saksi dipanggil untuk dirakam percakapan.
Dalam pada itu, polis telah menghantar kertas siasatan kes William kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC, Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan dan bukti yang diperoleh polis sepanjang siasatan kes itu lebih menjurus kepada kematian mengejut.
William, 6 tahun dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Mangsa ditemui mati berhampiran Jeti Sungai Sireh di Pelabuhan Klang pada 24 Januari lepas.
#prosiding inkues #William Yau Zhen Zhong